Thursday, March 24, 2011
Ahlan Wa Sahlan
Alhamdulillah.. Lahirnye Mohamad Nawfal Fakhruddin pada 15 Mac lps pkl 12.40 tghr di HTAA. Dengan berat 2.7 kg dan hari ni dh 9 hari umurnye, dah naik la tu berat. Esok misi datang timbang berat.. Tak sabar nak tau berat baby dah bertambah berape kilo.
Tapi kesian Nawfal kene kuning. Macam-macam petua orang bagi, tapi tak buat semuala. Mandikan nawfal dengan ubat sensei dan bagi minum air sengkuang dan air anggur hitam. Esok pegi periksa darah die lagi. Harap-harap turunla kuning tu esok...
Tuesday, March 8, 2011
Thursday, March 3, 2011
Durian Durian oh Durian hehee
Silala menjamu mate ye kwn-kwn.. hehee
Tuesday, March 1, 2011
Doa untuk ibu menyusukan anak...
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat dan al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Source : http://www.yoursupermom.com/2011/02/doa-amalan-untuk-ibu-yang-menyusukan.html#ixzz1FHGIhImW
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share Alike