Friday, July 24, 2009

Gelombang panas sebabkan bahang di Eropah Timur

Gelombang panas sebabkan bahang di Eropah Timur

24/07/2009 2:51am

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

BELGRADE 24 Julai - Pihak berkuasa di kebanyakan tempat di Eropah Timur menggesa agar penduduk tidak keluar rumah dan minum air secukupnya hari ini memandangkan gelombang panas menyebabkan suhu naik mendadak.

Menjelang tengah hari, banyak negara rantau itu melaporkan suhu setinggi 36 darjah Selsius.

Pihak berkuasa di ibu kota Serbia, Belgrade di mana ramai penduduk rebah di jalanan ekoran kepanasan, mengagihkan minuman percuma di dataran-dataran utama.

Di negara jiran, Hungary, air diagihkan di bandar-bandar, manakala pekerja majlis perbandaran pula menyimbah air ke atas jalan-jalan utama di ibu kota Budapest. - AP


komen : Malaysia pn hari-hari panas membahang. Bila plak agaknye kerajaan Malaysia nk bg air free ek...hehee

No comments: