Tuesday, June 12, 2012

SIMPTON SERANGAN JANTUNG






v  Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan sesuatu yang menekan.
v  Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
v  Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh akan hilang apabila pesakit berehat.
v  Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada.
v  Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastric.
v  Badan lemah serta berpeluh sejuk.
v  Kepala berpusing.

Statistik daripada Kementerian Kesihatan  menunjukkan tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun. Terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun di Malaysia iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.
                Lazimnya lelaki akan mengalami simpton yang biasa seperti sakit dada. Wanita pula akan berasa letih dan tidak dapat tidur malam. Mereka juga akan berasa tidak sedap badan. Pakar Perunding Kardiologi, Dr. Azmee Ghazi menasihatkan agar mereka yang mengalami simpton-simpton tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat serius.

Perbezaan sakit dada biasa dan serangan jantung

                Dr. Azmee menjelaskan, seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh arteri koronari menjadi sempit. “Ia juga boleh terjadi apabila bekalan tersebut terputus sama sekali mengakibatkan sebahagian otot itu telah mati atau mengalami nekrosis dan gagal berfungsi,” ujarnya.
Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan sejenis lemak atau plak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama-kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Apabila ini berlaku, serangan awal jantung bermula. Sakit jantung bianya terasa amat mencengkam dan menyucuk di bahagian dada terutamanya di tengah-tengah dan sebelah kiri dada.
                Dr. Azmee memberitahu kebanyakan mereka yang mendapat serangan jantung tidak merasakan yang mereka sedang mengalami masalah tersebut dan sekadar menganggapnya sebagai kesakitan yang tidak berbahaya. “Jika ada faktor-faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi atau tahap kolesterol tinggi, kemungkinan sakit jantung adalah lebih tinggi. Jesteru, walau apa pun kesakitan dada yang anda alami, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Menuggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan boleh menyebabkan kematian dan kerosakan yang kekal pada jantung yang boleh menjejaskan kualiti hidup anda,” katanya.

Sumber : Mingguan Malaysia 28 .4.2012

Info lanjut boleh baca kat sini ye... Tips mencegah penyakit jantung

No comments: