Tuesday, February 15, 2011

Bread Butter Caramel Pudding


Hari tu terjumpe resipi ni mase dok search2 kt google tu... then, terus rase nak mkn. ape lg buat jela... Resepinye ku cedok dr lmn web ni myresipi.com Tp dh edit2 ckit ikut besar mn bekas yg aku gune tu. Resepiku:

Bahan-bahan untuk Karamel:
1 cawan gula
4 sudu besar air
air suam (ikut nk byk mn)

Bahan untuk puding:
4 kpg roti
sedikit butter
6 bj telur
700ml susu segar
10 sudu besar gula
sedikit esen vanilla
sedikit kismis

Cara-cara:
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti kpd 4 bhgn. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 4 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 4 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Bakar selama 1 jam. Selepas 1 jam, periksa puding menggunakan garfu samada sudah masak atau belum. Jika belum bolehla di tmbh mase trsbt, dan dibakar semula.

No comments: