Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut: MyPhD, MyMaster, PhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).
Syarat-syarat Umum Permohonan:
(i) Pemohon adalah warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memohon;
(iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minima 2.75;
(iv) Telah mendapat tawaran kemasukan (tidak bersyarat) atau telah memulakan pengajian di IPT; (ni yg paling utama nih)
(v) Pengajian secara sepenuh masa;
(vi) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja; dan
(vii) Tidak pernah mendapat tajaan dari Kerajaan / Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun untuk pengajian di peringkat yang sama.
Untuk info lanjutan --> MyBrain15

No comments:
Post a Comment