Sunday, February 27, 2011

Minggu yang tragik!

Hari Isnin lepas (21/02/2011).. ayah mertuaku di langgar lari betul-betul depan hospital ktn. (HTAA) Sgt-sgt tragik peristiwa itu. Abah dilanggar sewaktu melintas jalan. Kenderaan yang dikenalpasti adalah sebuah proton wira berwarna biru (ade jgk ckp warne kelabu.taktau mn 1 btol). No plat dh dpt. Dh report kt balai pn. Dpt info dr seorg kenalan polis, kereta tersebut dijumpai di Paka,Terengganu. Bila disiasat, owner of the car ckp kereta die dh lame tersidai. Then the owner is Melayu, berlainan spt yg diberitahu oleh saksi yg mengejar kereta tersebut, its chinese.. Hanya berharap pd pihak polis utk jalankn siasatan dan seorang part time lawyer yg beritahu kes akan di buat setelah abah sihat. Segalanya telah terjadi. Aku harap semua dapat ambil iktibar dari apa yg terjadi.

Alhmdulillah..abah juga tak berapa parah. Retak tulang di bahu dan patah tulang di lengan kiri. Luka-luka di bahagian muka dan kepala. Tapi abah dalam keadaan sedar. Boleh berborak, menyanyi dan melawak dengan misi mase kt dlm wad.. hehee. Semoga abah cepat sembu. Sekarang tgh berubat kampung...

Menyambung Pengajian

Hari ni aku terbaca 1 info tentang program pembiayaan pengajian peringkat ijazah sarjana dan PhD yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau singkatannye Program MyBrain15.
Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut: MyPhD, MyMaster, PhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

Syarat-syarat Umum Permohonan:

    (i) Pemohon adalah warganegara Malaysia;
    (ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memohon;
    (iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minima 2.75;
    (iv) Telah mendapat tawaran kemasukan (tidak bersyarat) atau telah memulakan pengajian di IPT; (ni yg paling utama nih)
    (v) Pengajian secara sepenuh masa;
    (vi) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja; dan
    (vii) Tidak pernah mendapat tajaan dari Kerajaan / Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun untuk pengajian di peringkat yang sama.

    Untuk info lanjutan --> MyBrain15

Thursday, February 17, 2011

Tupperware kempen 2/2011 (14 feb - 31 mac)









Diskaun 10% kepada kwn-kwn2ku yg berminat..

Diskaun tupperware, less tupperware

Wednesday, February 16, 2011

Doa dan amalan sewaktu hamil

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a’lam.

http://aidura.blogspot.com/

http://nuriman.wordpress.com/2009/07/13/doa-dan-amalan-ketika-mengandung/

Buat ikhwah sekalian…

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.


Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-’A'raaf : Ayat 54 – 56


Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya

http://www.ehoza.com/

Selain itu saya juga diberitahu oleh kawan dan seorang nenek angkat supaya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus a.s. sewaktu hamil dan ketika ingin melahirkan supaya dipermudahkan proses kelahiran tersebut.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)-Surah Al-Anbiyaa, Ayat 87

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”

Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.

http://quran.al-shia.org/id/dua-quran/15.htm

Diceritakan juga kepada saya, seorang wanita telah menunggu selama 2 minggu untuk melahirkan anak. Setelah diberitahu oleh seorang jururawat supaya membaca doa tersebut, dengan kuasa Allah dia telah melahirkan bayinya keesokan harinya. Wallahu'alam...

Bacaan tambahan tentang manfaat dan dasyatnya doa Nabi Yunus dalam kehidupan seharian kita...

http://bangaziem.wordpress.com/2010/03/25/dahsyatnya-doa-nabi-yunus/

Tuesday, February 15, 2011

Bobiku sakit...


This is my lovely pet. Name nye bobi. tp dh 2 hr bobi tak sihat. Badan die panas. Demam. Tp aku taktau punca sebenarnya. Pd kaki die ade bekas luka kecil. Taktau die kene gigit atau ape. Kesian dan sedih btol aku tgk die. mkn pn tak lalu. hr ni bobi baru mkn sikit je. tu pn setelah aku beli tuna whiskas, yg dlm pek kecik tu. Sedih btolla. Kalo tak, tiap-tiap hari bobi akan kejutkan aku pagi-pagi sewaktu subuh untuk mntk makan. Bobi jgk suke main kejar-kejar dan main tiger bear. Rindu sgt bobi yg ceria tu.Sekarang ni aku terpakse suapkan makan dan minum die. Tu pn die ssh sgt nk terima makanan. Taknak bukak mulut. Sikit je dpt bg die mkn. Sediiiiiiiiiihnyeeeeeeee......
Aku taknak bobi pergi.. Ya Allah.. selamatkanlah bobi. Semoga die sembuh dan ceria seperti sedia kala.Amin...

Bread Butter Caramel Pudding


Hari tu terjumpe resipi ni mase dok search2 kt google tu... then, terus rase nak mkn. ape lg buat jela... Resepinye ku cedok dr lmn web ni myresipi.com Tp dh edit2 ckit ikut besar mn bekas yg aku gune tu. Resepiku:

Bahan-bahan untuk Karamel:
1 cawan gula
4 sudu besar air
air suam (ikut nk byk mn)

Bahan untuk puding:
4 kpg roti
sedikit butter
6 bj telur
700ml susu segar
10 sudu besar gula
sedikit esen vanilla
sedikit kismis

Cara-cara:
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti kpd 4 bhgn. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 4 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 4 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Bakar selama 1 jam. Selepas 1 jam, periksa puding menggunakan garfu samada sudah masak atau belum. Jika belum bolehla di tmbh mase trsbt, dan dibakar semula.

Monday, February 14, 2011

Pantang Larang Semasa Hamil

Di sini saya ingin berkongsi info tentang pantang larang sewaktu hamil. Maklumla sekarang ramai anak-anak tidak lagi duduk sebumbung dengan orang tua. Jadi, kadang-kadang beberapa perkara ini sering terlepas dari diingatkan kepada anak-anak yang sedang hamil. Begitu juga pada diri saya sendiri. Jadi eloklah dikongsi bersama...

Pantang Larang Orang Tua

Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub pula mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.

Mase untuk mengupdate blog

Mmg lame sungguh siaran blogku tergendala seperti kate FJ.hehee..mggu dpn ckpla setaun siaran trgendala neh! Tak sangke btol kn. Cepat btol mase berlalu. Tak lame lg bertmbhla sorg ahli keluargaku..Alhmdulillah. So, sbb now ni byk ms free blhla aku mengupdate story2 aku kt blog ni. tgk design blog ni pn bosan je rs. Org lain dh update dgn design baru2 n cantik2. Blog aku jek mcm ketinggalan zaman sungguh!