Friday, June 15, 2012

FAMILY WELLNESS PROGRAMME


 Memberikan nutrient yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga. Antara kebaikannya adalah :
ü  Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
ü  Membantu anda berasa lebih bertenaga
ü  Menguatkan sistem imun anda
ü  Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

Terdiri daripada 4 jenis produk:

1.   Vita-Lea® Iron Formula


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan komprehensif yang dihasilkan didalam Sains Shaklee  yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan   pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

PERBEZAAN SHAKLEE
·         Disokong oleh 7 kajian klinikal
·         Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
·         Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk

2.   Sustained Release Vita-CTM500 mg


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa 5 jam dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Sebagai satu antioksidan yang kuat, ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat, kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, otot dan pembuluh darah serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


3.   B-Complex


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

PERBEZAAN SHAKLEE
Mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

4.   Energizing Soy Protein – Vanilla


Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga    yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

PERBEZAAN SHAKLEE

  • Protein Soya Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat membantu anda kekal bertenaga selama berjam-jam.
  • Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan daidzein juga menyediakan anda dengan kebaikan keseluruhan soya
  • Non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yang memastikan kacang soya kami bebas daripada kacang soya yang diubahsuai secara genetik.
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Create by : fb: Hanim Mansor  017-9220950  ID:880410   warnym@yahoo.com 
Sumber: www.shaklee.com.my & Shaklee Product Guide 

Tuesday, June 12, 2012

SAKIT LUTUT



SECARA umumnya, tanda-tanda seseorang mengalami koyakan pada meniskus selepas sesuatu kecederaan adalah kesakitan pada sendi lutut , kebengkakan pada lutut (mungkin tidak ketara pada peringkat awal) dan kesukaran melakukan pergerakan penuh pada lutut tersebut.
Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi – sendi yang mengalami proses penipisan rawan.
Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.
Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakanyang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).


Rawatan diklasifikasikan sebagai rawatan konservatif dan rawatanpembedahan . Rawatan secara konservatif termasuklah:
* Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
* Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
* Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk   kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
* Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Rawatan seterusnya adalah rawatan pembedahan yang dicadangkan kepada pesakit setelah rawatan konservatif tidak memberikan kesan yang positif. Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secaraartroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

Bagi meniskus yang koyak, (bergantung kepada keadaan koyakan tersebut) meniskus yang koyak sedikit, boleh dijahit semula. Akan tetapi untuk koyakan yang kompleks atau koyakan secara degenerasi perlu dinipiskan menggunakan alatan mudah secara artroskopi tanpa perlu pembedahan luka yang besar.

Proses pembedahan ini dianggarkan boleh mengambil masa setengah jam hingga satu jam mengikut keseriusan kecederaan.

Pada masa yang sama permukaan rawan pada tulang boleh juga dilihat dengan jelas melalui kamera artroskopi dan rawatan sementara bagi memperlahankan proses kerosakan rawan boleh dijalankan.

Pembedahan artroskopi adalah amat mudah sehinggakan ia dijalankan secara ‘Daycare’ di beberapa hospital tertentu, dan bius perlu digunakan bagi memudahkan pembedahan ini dijalankan.

Harus difahami bahawa proses degenerasi adalah satu proses yang berterusan selagi sendi terus digunakan, oleh itu rawatan-rawatan yang tersebut di atas merupakan rawatan pemulihan sementara dan memperlahankan proses kerosakan rawan.

Penjagaan berterusan diperlukan agar tidak berlaku kerosakan pada tahap kritikal yang mana pada tahap ini, hanya rawatan pembedahan major boleh memulihkan sendi semula contohnya pembedahan penggantian sendi lutut secara total.

Jenis sakit lutut:

* Artritis degeneratif
Pergerakan lutut yang kerap akan menyebabkan kerosakan progresif pada tulang, tendon dan rawan lutut . Kemerosotan sendi boleh mengakibatkan permukaan tulang yang terletak bersebelahan bergesel lalu menyebabkan sakit yang amat sangat.
Rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk memulihkan penyakit osteoartritis ialah manipulasi kiropraktik di bahagian lutut , pinggul dan tulang belakang, senaman menguatkan tulang dan otot dan mengambil makanan tambahan yang dikenal sebagai glukosamina sulfat.

* Ligamen terseliuh
Ligamen yang koyak sedikit dan koyak sederhana dapat dirawat dengan berkesan melalui kaedah konservatif (gabungan rawatan kiropraktik dan fisioterapi).
Dalam kes ligamen yang koyak teruk, pembedahan kadangkala perlu dilakukan di samping rawatan kiropraktik dan fisioterapi.

* Bursitis dan tendenitis
Penggunaan lutut secara berlebihan melalui senaman memusing, menendang atau membengkokkan kaki boleh menyebabkan bursa (kantung berisi cecair yang berfungsi sebagai kusyen) dan tendon lutut mengalami radang dan menyebabkan berlakunya bursitis dan tendinitis.
Rehat, senaman menguatkan otot dan tulang serta rawatan kiropraktik dapat memulihkan keradangan pada bursa dan tendon lutut dengan cepat.

* Meniskus koyak
Pergerakan memusing dan pemampatan lutut yang berulang-ulang dan tiba- tiba boleh menyebabkan meniskus koyak. Melompat atau menaiki tangga akan menyebabkan lutut anda sakit sekiranya anda menghadapi masalah meniskus koyak. Bahagian meniskus tidak mempunyai saluran darah yang cukup dan oleh yang demikian, bahagian ini lambat pulih. Pembedahan biasanya perlu dilakukan untuk memulihkan meniskus yang rosak.


Alternatif rawatan konservatif



Fluid, comfortable movement depends upon proper functioning of joints in elbows, shoulders, wrists, hips, knees, and ankles. A normal, healthy joint operates like a welloiled machine, with bones cushioned by cartilage and joint fluids, allowing muscles and tendons to slide smoothly and limbs to move easily. In a normal body, cartilage is constantly broken down and rebuilt.

CHALLENGE
Unfortunately, a wide range of factors can increase stress on joints over time. Causes can be age-related slowdown of cartilage production, overuse of a joint, as well as individual physical differences, such as having one leg slightly shorter than another. Over time, any of these can lead to deterioration of joint cartilage. In such cases, cartilage is broken down more quickly than it can be rebuilt. In addition, the immune system sometimes reacts to tiny particles of cartilage as foreign invaders. As a result, this can trigger an immune response that further breaks down and removes cartilage. Whatever the cause, stress on joints and cartilage can result in a limited range of motion.


SCIENTIFIC SUPPORT FOR THE INGREDIENTS IN ADVANCED JOINT HEALTH TABLET:

The proprietary combination of ingredients in Joint Health Complex provides natural nutritional support for the body’s own ability to build and maintain cartilage, which provides cushioning for joints and helps maintain free range of motion.

Glucosamine hydrochloride: Glucosamine is a crucial building block for proteoglycans, the slippery gel that lubricates and cushions joint movement. Glucosamine hydrochloride is a more concentrated source of glucosamine than glucosamine sulfate.
Bioavailable and sodium free
Extensively tested to ensure premium quality and potency
  Enhanced Proprietary Blend: For added nutritional support
Devil’s Claw plant extract: A standardized extract from the roots of the Devil’s Claw plant,
  containing the phytochemical, harpagoside, which one study indicated can assist in supporting
  normal joint function*
Alfalfa: A natural source of chlorophyll
Zinc: Required for the enzymes involved in the synthesis of collagen
Copper: Required for the enzyme lysyl oxidase, which is responsible for the formation of
  structural cross-links in collagen
Manganese: Activates galactosyl transferase, an enzyme critical to the synthesis of
  proteoglycans
Boron: Plays a role in hormone metabolism, required for strong bones*

WHY CHOOSE SHAKLEE ADVANCED JOINT HEALTH TABLET*?

Unique blend of ingredients that provide dietary support for healthy joint function, *available
   only from Shaklee
Supports the body’s natural ability to build and maintain the cartilage that provides cushioning
  for the joints, helping to maintain range of motion*
Contains glucosamine hydrochloride for a more concentrated source of this bioactive
  proteoglycan precursor molecule
Sodium free
100% Shaklee Guaranteed

* THESE STATEMENTS HAVE NOT BEEN EVALUATED BY THE FOOD AND DRUG ADMINISTRATION.
THIS PRODUCT IS NOT INTENDED TO DIAGNOSE,TREAT, CURE, OR PREVENT ANY DISEASE.

Do contact me for further details and price.. fb: Hanim Mansor 017-9220950 warnym@yahoo.com





SIMPTON SERANGAN JANTUNG






v  Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan sesuatu yang menekan.
v  Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
v  Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh akan hilang apabila pesakit berehat.
v  Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada.
v  Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastric.
v  Badan lemah serta berpeluh sejuk.
v  Kepala berpusing.

Statistik daripada Kementerian Kesihatan  menunjukkan tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun. Terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun di Malaysia iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.
                Lazimnya lelaki akan mengalami simpton yang biasa seperti sakit dada. Wanita pula akan berasa letih dan tidak dapat tidur malam. Mereka juga akan berasa tidak sedap badan. Pakar Perunding Kardiologi, Dr. Azmee Ghazi menasihatkan agar mereka yang mengalami simpton-simpton tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat serius.

Perbezaan sakit dada biasa dan serangan jantung

                Dr. Azmee menjelaskan, seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan oleh arteri koronari menjadi sempit. “Ia juga boleh terjadi apabila bekalan tersebut terputus sama sekali mengakibatkan sebahagian otot itu telah mati atau mengalami nekrosis dan gagal berfungsi,” ujarnya.
Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan sejenis lemak atau plak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama-kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung. Apabila ini berlaku, serangan awal jantung bermula. Sakit jantung bianya terasa amat mencengkam dan menyucuk di bahagian dada terutamanya di tengah-tengah dan sebelah kiri dada.
                Dr. Azmee memberitahu kebanyakan mereka yang mendapat serangan jantung tidak merasakan yang mereka sedang mengalami masalah tersebut dan sekadar menganggapnya sebagai kesakitan yang tidak berbahaya. “Jika ada faktor-faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi atau tahap kolesterol tinggi, kemungkinan sakit jantung adalah lebih tinggi. Jesteru, walau apa pun kesakitan dada yang anda alami, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Menuggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan boleh menyebabkan kematian dan kerosakan yang kekal pada jantung yang boleh menjejaskan kualiti hidup anda,” katanya.

Sumber : Mingguan Malaysia 28 .4.2012

Info lanjut boleh baca kat sini ye... Tips mencegah penyakit jantung

Friday, February 17, 2012

Tepung Magik!!

Informasi Produk Tepung Goreng cendawan ini mendapat gelaran tepung magik sebab kerangupanya kekal berjam-jam lamanya. Tidak seperti tepung biasa yang berada dipasaran, ianya akan cepat lemau setelah digoreng. Kelebihannya ; •Cepat & Mudah disediakan •Cendawan Goreng •Tidak Berminyak •Cendawan Tidak Melekat •Tanpa Telur •Tepung tidak digunakan dengan Banyak •Tidak menggunakan minyak yang banyak •Cendawan Goreng tidak cepat lembik (soggy) •Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap) 1 unit beratnya: 475 gram
tunggu pelbagai resepi menggunakan tepung magik ini...

Thursday, March 24, 2011

Ahlan Wa Sahlan




Alhamdulillah.. Lahirnye Mohamad Nawfal Fakhruddin pada 15 Mac lps pkl 12.40 tghr di HTAA. Dengan berat 2.7 kg dan hari ni dh 9 hari umurnye, dah naik la tu berat. Esok misi datang timbang berat.. Tak sabar nak tau berat baby dah bertambah berape kilo.
Tapi kesian Nawfal kene kuning. Macam-macam petua orang bagi, tapi tak buat semuala. Mandikan nawfal dengan ubat sensei dan bagi minum air sengkuang dan air anggur hitam. Esok pegi periksa darah die lagi. Harap-harap turunla kuning tu esok...

Tuesday, March 8, 2011

Just Laugh



Thursday, March 3, 2011

Durian Durian oh Durian hehee

Syoknye musim durian dh tibe.. wah..wah..tak lame lg dptla kite seme mkn durian ek. Disebabkan ketidaksabaranku untuk makan durian dan mengingatkan tak lame lg kene berpantang, make dgn segeranya aku gi beli durian kt Tanjung Lumpur. Mmg sedap sgt2 la. Berbaloi la dgn hargenye sekilo RM18.. huhu. Durian Tangkak katenye. Isi memang kuning betol!! Beli 2 bijik jek yg kecik gitu. Tu pn dh RM18..kire sekilo la tu. Tapi disebabkan tokey durian tu takde duit kecik nak pulang balik. Dptla RM15 je.... Tu cite minggu lepas. Semalam pegi pasar malam cenderawasih, beli lg sebijik. Ni yg murah punyela. RM8 sekilo.. beli sebijik jek yg beso..RM10.

Silala menjamu mate ye kwn-kwn.. hehee







Tuesday, March 1, 2011

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Doa untuk ibu menyusukan anak...

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat dan al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Sunday, February 27, 2011

Minggu yang tragik!

Hari Isnin lepas (21/02/2011).. ayah mertuaku di langgar lari betul-betul depan hospital ktn. (HTAA) Sgt-sgt tragik peristiwa itu. Abah dilanggar sewaktu melintas jalan. Kenderaan yang dikenalpasti adalah sebuah proton wira berwarna biru (ade jgk ckp warne kelabu.taktau mn 1 btol). No plat dh dpt. Dh report kt balai pn. Dpt info dr seorg kenalan polis, kereta tersebut dijumpai di Paka,Terengganu. Bila disiasat, owner of the car ckp kereta die dh lame tersidai. Then the owner is Melayu, berlainan spt yg diberitahu oleh saksi yg mengejar kereta tersebut, its chinese.. Hanya berharap pd pihak polis utk jalankn siasatan dan seorang part time lawyer yg beritahu kes akan di buat setelah abah sihat. Segalanya telah terjadi. Aku harap semua dapat ambil iktibar dari apa yg terjadi.

Alhmdulillah..abah juga tak berapa parah. Retak tulang di bahu dan patah tulang di lengan kiri. Luka-luka di bahagian muka dan kepala. Tapi abah dalam keadaan sedar. Boleh berborak, menyanyi dan melawak dengan misi mase kt dlm wad.. hehee. Semoga abah cepat sembu. Sekarang tgh berubat kampung...

Menyambung Pengajian

Hari ni aku terbaca 1 info tentang program pembiayaan pengajian peringkat ijazah sarjana dan PhD yang ditaja oleh Kementerian Pengajian Tinggi atau singkatannye Program MyBrain15.
Program MyBrain15 adalah salah satu program agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan dan inovasi. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan untuk menjadikan pembangunan ekonomi berteraskan inovasi dapat dicapai dengan jayanya. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk mencapai sebanyak 60,000 pemegang PhD di kalangan rakyat Malaysia. Program yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah seperti berikut: MyPhD, MyMaster, PhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

Syarat-syarat Umum Permohonan:

    (i) Pemohon adalah warganegara Malaysia;
    (ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun semasa memohon;
    (iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minima 2.75;
    (iv) Telah mendapat tawaran kemasukan (tidak bersyarat) atau telah memulakan pengajian di IPT; (ni yg paling utama nih)
    (v) Pengajian secara sepenuh masa;
    (vi) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja; dan
    (vii) Tidak pernah mendapat tajaan dari Kerajaan / Kerajaan Negeri / Agensi Kerajaan / Badan Berkanun untuk pengajian di peringkat yang sama.

    Untuk info lanjutan --> MyBrain15

Thursday, February 17, 2011

Tupperware kempen 2/2011 (14 feb - 31 mac)









Diskaun 10% kepada kwn-kwn2ku yg berminat..

Diskaun tupperware, less tupperware

Wednesday, February 16, 2011

Doa dan amalan sewaktu hamil

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a’lam.

http://aidura.blogspot.com/

http://nuriman.wordpress.com/2009/07/13/doa-dan-amalan-ketika-mengandung/

Buat ikhwah sekalian…

Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.

Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).

Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut.


Bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1. Membaca Surah Al-’A'raaf : Ayat 54 – 56


Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya

http://www.ehoza.com/

Selain itu saya juga diberitahu oleh kawan dan seorang nenek angkat supaya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus a.s. sewaktu hamil dan ketika ingin melahirkan supaya dipermudahkan proses kelahiran tersebut.

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)-Surah Al-Anbiyaa, Ayat 87

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”

Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.

http://quran.al-shia.org/id/dua-quran/15.htm

Diceritakan juga kepada saya, seorang wanita telah menunggu selama 2 minggu untuk melahirkan anak. Setelah diberitahu oleh seorang jururawat supaya membaca doa tersebut, dengan kuasa Allah dia telah melahirkan bayinya keesokan harinya. Wallahu'alam...

Bacaan tambahan tentang manfaat dan dasyatnya doa Nabi Yunus dalam kehidupan seharian kita...

http://bangaziem.wordpress.com/2010/03/25/dahsyatnya-doa-nabi-yunus/

Tuesday, February 15, 2011

Bobiku sakit...


This is my lovely pet. Name nye bobi. tp dh 2 hr bobi tak sihat. Badan die panas. Demam. Tp aku taktau punca sebenarnya. Pd kaki die ade bekas luka kecil. Taktau die kene gigit atau ape. Kesian dan sedih btol aku tgk die. mkn pn tak lalu. hr ni bobi baru mkn sikit je. tu pn setelah aku beli tuna whiskas, yg dlm pek kecik tu. Sedih btolla. Kalo tak, tiap-tiap hari bobi akan kejutkan aku pagi-pagi sewaktu subuh untuk mntk makan. Bobi jgk suke main kejar-kejar dan main tiger bear. Rindu sgt bobi yg ceria tu.Sekarang ni aku terpakse suapkan makan dan minum die. Tu pn die ssh sgt nk terima makanan. Taknak bukak mulut. Sikit je dpt bg die mkn. Sediiiiiiiiiihnyeeeeeeee......
Aku taknak bobi pergi.. Ya Allah.. selamatkanlah bobi. Semoga die sembuh dan ceria seperti sedia kala.Amin...

Bread Butter Caramel Pudding


Hari tu terjumpe resipi ni mase dok search2 kt google tu... then, terus rase nak mkn. ape lg buat jela... Resepinye ku cedok dr lmn web ni myresipi.com Tp dh edit2 ckit ikut besar mn bekas yg aku gune tu. Resepiku:

Bahan-bahan untuk Karamel:
1 cawan gula
4 sudu besar air
air suam (ikut nk byk mn)

Bahan untuk puding:
4 kpg roti
sedikit butter
6 bj telur
700ml susu segar
10 sudu besar gula
sedikit esen vanilla
sedikit kismis

Cara-cara:
  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti kpd 4 bhgn. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 4 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 4 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Bakar selama 1 jam. Selepas 1 jam, periksa puding menggunakan garfu samada sudah masak atau belum. Jika belum bolehla di tmbh mase trsbt, dan dibakar semula.

Monday, February 14, 2011

Pantang Larang Semasa Hamil

Di sini saya ingin berkongsi info tentang pantang larang sewaktu hamil. Maklumla sekarang ramai anak-anak tidak lagi duduk sebumbung dengan orang tua. Jadi, kadang-kadang beberapa perkara ini sering terlepas dari diingatkan kepada anak-anak yang sedang hamil. Begitu juga pada diri saya sendiri. Jadi eloklah dikongsi bersama...

Pantang Larang Orang Tua

Memang dalam apa jua perkara kita tidak dpt lari dari petua mahupun pantang larang org tua. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yg tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut adalah beberapa pantang larang yg saya kumpulkan untuk panduan kita bersama.

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.

Inilah antaranya... saya pasti diluar sana masih byk pantang larang yg diberikan oleh org tua. Apa jua pantang yg kita dgr... Jgn terlalu taksub pula mengikutnya... takut lari Akidah pula nanti. Yg penting, setiap ibu yg mengandung, pastikan anda menjaga tingkah laku dan percakapan sepanjang kehamilan. Apa juga yg dilakukan oleh si ibu, mungkin diwarisi oleh anak yg dikandung. Wallahua'lam.

Mase untuk mengupdate blog

Mmg lame sungguh siaran blogku tergendala seperti kate FJ.hehee..mggu dpn ckpla setaun siaran trgendala neh! Tak sangke btol kn. Cepat btol mase berlalu. Tak lame lg bertmbhla sorg ahli keluargaku..Alhmdulillah. So, sbb now ni byk ms free blhla aku mengupdate story2 aku kt blog ni. tgk design blog ni pn bosan je rs. Org lain dh update dgn design baru2 n cantik2. Blog aku jek mcm ketinggalan zaman sungguh!

Friday, February 26, 2010

Perutusan Raja Sehari


Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha, dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Kami memohon doa restumu, berkatilah Mjalis kami ini. Semoga majlis kami berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau kehendaki dan semoga jodoh perkahwinan ini berkekalan buat selama-lamanya hingga akhir hayat. ~Amin ya Rabbal Alamin~

Wednesday, December 9, 2009

LARA TARI PENCINTA

LARA TARI PENCINTA.
(Kump. Search)

Telah kulagukan...
Irama yg suram ini...
Gementar ku memuja
Tari mu kasih...
Tari yg melara..
Apakah erti semua...
Ingin ku cuba fahaminya...

Telah ku nyanyikan...
Nada lagu hitam ini...
Meremangnya ku rasa...
Menghantu jiwa...
Mogakan teruja gemalai tari...
Bermula satukan lagu
Dengan irama...

Kau yg terluka kerna cinta...
Kena panah asmara...
Lagit kelam langit suram terasa...

Lafazkanlah segala...
Wahai penari cinta...
Agarku bisa merasa...
Pedih terasa...

Aku lah si pemuja...
Kau lah lambang pencinta...
Meronta untuk menari bersama...
Aku lagukan...
Lagu... cinta...